dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI-CARE Hilang Sabar Dengan Anak Cara Kawal Emosi dan Tingkah Laku (Part 1)

3 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2026, seorang peserta telah menonton video Podcast bertajuk “Hilang Sabar Dengan Anak: Cara Kawal Emosi dan Tingkah Laku (Part 1)”. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengawal emosi ketika berhadapan dengan anak, khususnya dalam situasi yang mencabar.

Memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa pada era moden ini sememangnya mencabar. Himpitan kerjaya, realiti yang sering dipaparkan di media sosial yang tidak menggambarkan keadaan sebenar, serta penggunaan gajet yang meluas sering meletakkan ibu bapa dalam dilema, sehingga mengundang risiko burnout dan tekanan emosi yang melampau. Namun begitu, ibu bapa tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran ini.

Sepanjang sesi tersebut, peserta didedahkan kepada beberapa aspek utama termasuk realiti berbanding ilusi media sosial, seni mengawal amarah, serta dilema ibu bapa dalam menentukan pendekatan antara menghukum dan mendidik. Dalam perkongsian ini, Studio Sihat telah membawakan Mr. Teow Chean Khai dari Malaysia Educational Psychology Society (MEPS) untuk mengupas realiti sebenar dunia keibubapaan dari sudut psikologi serta berkongsi langkah-langkah praktikal dalam mengurus emosi diri sambil membentuk tingkah laku positif anak-anak.

Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan strategi berkesan bagi menangani tantrum dan meltdown anak, langkah-langkah mengatasi parental burnout, serta teknik asas seperti pernafasan, berhenti seketika sebelum bertindak, dan meningkatkan kesedaran terhadap emosi diri sebelum memberi respons kepada anak bagi mencapai ketenangan jiwa sebagai ibu bapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.